Thursday, April 29, 2010

takde yang sempurna............

Nie cerita sekadar renungan... .




"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?"

ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih

membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari

wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu

waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang

amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai

menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa

berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami

putus sampai disitu.



Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita,ramah dan

dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok.

Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu

baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak

bertanggung jawab.



Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang

dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu

nyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui

kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan

selalu menuntut sesuatu

yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.



Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan

pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua

dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik

pintar, baikhati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian

dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya

yang dikirim oleh Tuhanuntuk saya".



"Lantas?!", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan

"Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya? ". Yang

ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu

menjawab,

"Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki

yang sempurna".



============ ========= ========= ========

Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ?

... .. Nobody's perfect. Jadi jangan mensia-siakan apa yang sudah

ada di hadapan kita,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih

baik dari yang sekarang kita dapat, Tak kiralah kita ni lelaki ke

pempuan ke... Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri

kita sendiri,apakah sudah sempurna di mata orang lain??



Rase-rasenyer sama juga dgn yang dah berkahwin... Redhalah dgn apa

yang ada..belum tentu yang baru tu dapat memenuhi citarasa kita..yang

lama dah tentu kita kenal buruk baik nya..just improve ourselves..dan

sama-sama membetulkan kesilapan dan kekurangan diri masing-

masing..learn thru our mistakes... wallahuallam. ..

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Ramai  yang  mengeluh,  bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa

kebaikan  dipersia.  Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik,
ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…
Inilah  warna  kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah.

Hidup  tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di
hati  kita  ada  sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta
keharmonian, keseimbangan…
Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar  daripada itu… benar-benarkah kita

orang  yang  ikhlas  jika  masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan
hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?
Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah

kami untuk ikhlas…Amin.
Untuk  diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di
pagi Jumaat yang barakah ini…
 
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?


 Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas
 walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu
 saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
 “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata
 seorang kakak berterus-terang.
 “Mengapa?” balas saya.
 “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa
 bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran
 yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak
 ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
 Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah
 berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir
 dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan
 yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah
 digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang
 berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika
 bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau
 mendapat kenaikan gaji?
 Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
 Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
 Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang
 anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion
masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.
 Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
 “Kakak, boleh saya bertanya?”
 “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya
 sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
  “Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik
 gaji, mana yang kakak pilih?”
 Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat
 dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
 Dengan  cepat  kakak  itu  menjawab,  “hati  ibu encik… tentulah saya pilih
 anak-anak  saya  menjadi  walaupun  tidak  naik  gaji  atau  dapat pangkat.
 Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
 Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
 “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi
 ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
 “Maksud encik?”
 “Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih
 sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada
 kakak anak-anak yang menjadi.”
 “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
 “Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri
 dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you
 give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.
 Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
 “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan
 kebaikan itu?”
 “Maksud kakak?”
 “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi
 Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat
 saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
 “Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.
 Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan
 dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
 Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa
 yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
 “Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan
 yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta
yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
 Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah,
 lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
 Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat
 kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan
 dengan begitu teliti.
 “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau
 setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong.
 Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya
 logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi
 laluan untuk kita?”
 Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu
 tadi entah ke mana perginya.”
 “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
 “Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.
 Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan
 kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk
 membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang
 tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
 “Subhanallah!”
 “Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan
 manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas
 kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.
 Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
 “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu
 lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
 “Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha

 Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak
 memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang
melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula
 kepada pembalingnya!”
 “Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
 “Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah
 Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
 “Maksud encik?”
 “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
 Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia.

 Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang
 lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
 “Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau
 gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih
 baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
 Giliran saya pula tersenyum.
 “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
 Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang
 mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan
 hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back…
 Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga.
Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada
 kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki
 bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

 “Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang
 tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
 “Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi
Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang
sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh
 Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi
 kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
 “Maksud encik?”
 “Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
 “Kenapa?”
 “Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
 “Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau
 kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan
 berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan
 berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya
mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
 “Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
 “Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang
 derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang
 tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
 “Ah, kita terlalu ego…”

 Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar
 impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi
 peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada
 lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
                                  

                                                                                                                               diciplak dari email

Saturday, March 27, 2010

Doa

Ya Allah, pilihkanlah untukku dengan kekuatan ilmuMu,
tentukanlah untukku dengan kehendakMu,
aku pohon kemurahanMU yang sangat luas kerana Engkaulah  yang boleh menentukan sesuata dan aku tidak boleh,
Engkau maha mengetahui apa yang aku tak ketahui,
dan Engkaulah yang tahu hal2 yang ghaib...
Ya Allah,
jika sesuatu itu menurutMu baik bagi diriku, agamaku dan kehidupanku,
maka pilihlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku,
kemudian berkatilah,
seandainya ini menjadi malapetaka bagi, agamaku, kehidupanku dan kesudahanku,
maka jauhkanla ia  dariku sejauh-jauhnya
dan berikanlan aku kebaikan dimana saja berada dan redhailah aku kerananya............
Amin...

Bosan

hurmm...asal lak rini tetiba rasa bosan..bosan dengan segala-galanya..tetiba rasa bosan ngn kehidupan..ngn org sekeliling..ntahlaa pa nak jadi ngn aku neh pon tak tau :(
kekadang ada gak terpikir..apalaa kesudahan ngn kehidupan aku neh..pa akn jadi ngn hari depan nanti..adakah lebih baik tau sebaliknya..
Ya allah..kau berikanlah kekuatan untuk aku teruskan perjuaangan ini..berikanla petunjuk,taufik n hidayah mu padaku..pada kehidupanku..moga2 sinar kebahagiaan akan menerangi kehidupanku..amin!!!
Sesungguhnya aku insan yang lemah!!!!

Saturday, March 20, 2010

Sekadar sahaja...

Soal Hati

Mengalah sajalah wahai hati!!! Penjelasan yang dinanti mungkin akan lebih membawa duka..Biarlah dia dengan dunianya....
Aku? hurmmmmm aku tiada apa-apa lagi selain meneruskan kehidupan seperti sediakala...
Ntahlaa mungkin aku tak matang dalam meneruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan hati..soal hati..

Semua yang terjadi telah tertulis..Aku cume manusia biasa..tidak ada kemampuan untuk mempertikaikan takdir..
Tapi setiap takdir yang terletak atas diri sendiri..Hanya kita yang boleh membawa arah takdir kita mengikut jalan yang kita mahukannya.....

Ntahlaa..Apa sebenarnya yang aku mahukan? Mengharapkan cinta tetapi akhirnya memudaratkan kehidupan aku dan kehidupan orang lain..Bukankah itu satu petanda cinta terhalang? Arghhh biarkan laa ia berlalu...pergi bersama putaran masa...

Selagi bernyawa..belum terlewat lagi untuk mendapatkan semuanya...ALLAH itu Maha Kaya..

Ternyata Cinta....

Buat insan yang mengerti hati n perasaan ini...
"Awak takkan kemana kalau pilih untuk hidup dengan saya..kenapa? Sebab saya tak sanggup melihat awak menderita kerana saya"..katanya laa...

Hurmmm aku pun tak tahu sama ada dia yang mengutamakan kebahagian aku tau dia yang ingin merosakkan kebahagiaan aku disebabkan perkara-perkara tertentu..

Katannya lai.."kadang-kadang dalam hidup ini, kita kena banyak berkorban demi org yang kita sayang..saya tak sanggup biarkan masa depan awak yang cerah tu tercemar disebabkan saya. Hidup kita ada haluan masing-masing..Segalanya perlu ditamatkan disini. Percayalah
hubungan kita takkan kemana.."

Perlukah aku teruskan dengan apa yang terlintas dalam hatiku? Hanya sebab aku tahu dia amat menyayangi n mencintai diriku...Arghh..aku tak kisahpun dengan perpisahan ini..aku tak kesal pun cumer aku sedikit kecewa n terkilan. Tuhan dah takdirkan kita tak ada jodoh tapi andai kata suatu hari nanti kita ditakdirkan bertemu semula dan masing2 masih keseorangan, mungkin masa itu kita boleh fikirkan caranya, bolehkan?

Benar, cinta boleh dicari diman2, tetapi bolehkah ia menyalurkan rasa yang sama setiap kali?
Akankah ia menghasilkan kenangan dan memori yang membahagiakan seperti yang dirasai kini?
Impian pula...mungkin datangyan cuma sekali tetapi mungkin hidupnya akan terjejas jika terpaksa melupakannya,bukan! Atau adakah cara tuk aku memiliki kedua2duanya sekali? Tamakkah jika aku tetap berkeras mahu mempertahankan cinta ini dan dalam masa yang sama berusaha mengejar impian dan cita2 aku selama ini..impian dan harapan kedua ibubapa aku..tentang aku? peningggg!!!!
Tapi hakikatnya...dia berkorban tuk aku demi sesuatu yang tak dapat aku ceritakan..tak dapat aku ulaskan dengan lebih lanjut!!!

Terima kasih diatas semuanya..penjelasanmu..terus terang tentang dirimu n sikap sebenarmu kerana tak mampu untuk terus membohongi diriku..semoga dirimu berubah!!! Amin!!

Wednesday, March 17, 2010

Tercipta Untukku


Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Kuingin kau tahu
Kuselalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Friday, March 12, 2010

yuhuu...kembali lagi


hurmm lama sungguh blog neh sunyi dr luahan hatiku kahkahkah..
semuanya masih seperti dulu..cinta datang dan pergi sesuka hati....tanpa satupun melekat dihati..ntahlaa apa yang tak kena lai..aku pun tak tau...

dari segi kerja lak..masih gak di tempat n takuk yang sama..bila nk naek pangkat neh?
cumer dulu opisku di the mall,putra place kini beralih ke kl sentral...
kl sentral..hurmm tadak yang istimewa pon tempat neh..tau mungkin masih baru lai bg diriku..tapi yang pasti ramai gak pakwe2 yang nsome hahahah...


hurmm harapanku agar tahun 2010 memberi seribu erti lam kehidupanku...tapi...neh dh masuk bulan Mac tak nampak apapun yang berbeza hahahha...teruknya aku neh..
kekadang aku tak tahu apa yang aku minta tau sepatutnya aku minta....
~everthing is pause~