
"Boleh tak kalau kita nak mainkan hati orang?"....
"Tak boleh!"
"Tapi kan Tuhan dah cakap, kalau ada orang ambik barang kita, kita boleh ambik barang orang tu balik"
"Hati tak boleh disamakan dengan barang!"
"But,it's fair and square,right?"
Hati ini mendendaminya....bukan dendam tapi sayang!!! Oleh sebab terlalu sayang,akhirnya bertukar menjadi dendam. Yang tak mampu dizahirkan oleh kata-kata. Tak mampu ditunjukkan melalui jelingan mata. Tak mampu menzahirkannya. Ikutkan rasa mahu saja hati ini buat hati dia sakit!!!! Biar hati dia menangis!!! Biar hati dia turut merasai kesakitan dan keperitan!!! Mahu saja hati ini melukai hati dia yang terlalu banyak menguris perasaan. Mahu saja hati ini biarkan hati dia turut merasai apa yang dirasai oleh hati ini. Biar hati sama-sama sakit!!! Biar jiwa sama-sama derita!! Hati ini terlalu banyak terguris. Terlalu banyak. Tidaklah sampai infiniti tetapi sudah cukup meresahkan. Hakikatnya hati yang sebenarnya menderita. Hati tidak cukup tabah untuk menghadapi dugaan berkasih. Hati begitu lemah. Hati ini ingin sekali menyakiti hati dia sebagaimana hati ini disakiti...tetapi hati tak mampu berbuat demikian. Hati ini lembut..tak sekeras apa yang disangkakan.!!!!! Sebenarnya telah lama hati ini terguris. Begitu lama tanpa dapat dibilang waktunya. Pabila parut lama belum hilang, datang pula parut baru. Hinggakan parut-parut pada hati hanya sebesar syiling 5 sen bertambah saiznya menjadi setebal duit ribuan ringgit.Hati memang begitu payah mahu sembuh. hati yang mahu sembuh pula seolah-olah ditakdirkan untuk terhiris kembali. Dihiris dan ditoreh sehingga berdarah...mengalirkan darah merah pekat........Andai hati ini dilukai, bertambah banyaklah darah yang bisa melingkari..Jika kuat hati dilukai, tidak mustahil mampu menghancurkan hati yang sedia kecil ini.....
Satu hari, hati tersentak setelah kian lama tak tersentak. Tidak seperti sebelumya, hati gagal mentafsir erti sertakan itu. Tiba-tiba hati menangis........Ya hati menangis lagi tanpa alasan munasabah..menangis dan terus menangis..tanpa diketahui puncanya.......Tangisan penuh penyesalan!!!!!!! dan........barulah hati sedar betapa alpanya hati ini terhadap Tuhan. Ditinggalkan yang kekal, dikejar yang tiada pastinya. Hati ini kalah dengan kehendak nafsu.....................
Kehendak nafsu atau fitrah insani...? argggh..nafsu atau fitrah adalah sama saja..benarkah ia sama? Sama tau berbeza...kedua-duanya telah menyukurkan hati ini sehingga tidak mampu dirawat lagi...tidak mampu untuk bangun kembali........
Hati ini terus menangis........ dan menangis...lebih kuat dari tangisan terdahulu...entah bila mahu berenti......................
No comments:
Post a Comment